Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يرفعُ يديْهِ إذا افتتحَ الصلاةَ، ثم لا يعودُ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda mengangkat kedua-dua tangannya apabila memulakan solat, kemudian baginda tidak mengulanginya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 352, hadis no. 1862. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: «كان يرفعُ يديْهِ إذا افتتحَ الصلاةَ، ثم لا يعودُ». [البيهقي في «الخلافيات»، «الضعيفة» (943)].
(Batil Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda mengangkat kedua-dua tangannya apabila memulakan solat, kemudian baginda tidak mengulanginya". [Diriwayatkan oleh al-Bayhaqi dalam al-Khilafiyat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 943].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman