Baginda menempekkan dahi dan hidung baginda ke tanah

TEKS BAHASA ARAB

كان يمكن جبهته وأنفه من الأرض، ثم يقوم كأنه السهم لا يعتمد على يديه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda menempekkan dahi dan hidung baginda ke tanah, kemudian baginda bangun berdiri seakan-akan baginda seperti anak panah. Baginda tidak menongkat menggunakan tangan baginda.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 353, hadis nombor 1867. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه -، قال: «كانَ يمَكِّنُ جبهتَهُ وأنفَهُ منَ الأرضِ، ثمَّ يقومُ كأنَّهُ السَّهمُ لا يعتَمِدُ علَى يديهِ». [طب، «الضعيفة» (562)].

(Palsu) Daripada Mu’az bin Jabal RA, beliau berkata: "Baginda menempekkan dahi dan hidung baginda ke tanah, kemudian baginda bangun berdiri seakan-akan baginda seperti anak panah. Baginda tidak menongkat menggunakan tangan baginda". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 562].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs