Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Baginda menempekkan dahi dan hidung baginda ke tanah

Teks Bahasa Arab

كانَ يمَكِّنُ جبهتَهُ وأنفَهُ منَ الأرضِ، ثمَّ يقومُ كأنَّهُ السَّهمُ لا يعتَمِدُ علَى يديهِ.

Teks Bahasa Melayu

Baginda menempekkan dahi dan hidung baginda ke tanah, kemudian baginda bangun berdiri seakan-akan baginda seperti anak panah. Baginda tidak menongkat menggunakan tangan baginda.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 353, hadis no. 1867. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل - رضي الله عنه -، قال: «كانَ يمَكِّنُ جبهتَهُ وأنفَهُ منَ الأرضِ، ثمَّ يقومُ كأنَّهُ السَّهمُ لا يعتَمِدُ علَى يديهِ». [طب، «الضعيفة» (562)].

(Palsu) Daripada Mu’az bin Jabal RA, beliau berkata: "Baginda menempekkan dahi dan hidung baginda ke tanah, kemudian baginda bangun berdiri seakan-akan baginda seperti anak panah. Baginda tidak menongkat menggunakan tangan baginda". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 562].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.