Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى عَنِ الْعَبِّ نَفَسًا وَاحِدًا؛ وَقَالَ: ذَلِكَ شُرْبُ الشَّيْطَانِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda menegah daripada meneguk minuman dengan hanya satu nafas. Baginda juga bersabda: "Demikian itu ialah cara minum syaitan".
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 416, hadis no. 2238. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن شهاب مرفوعا: «نَهَى عَنِ الْعَبِّ نَفَسًا وَاحِدًا؛ وَقَالَ: ذَلِكَ شُرْبُ الشَّيْطَانِ». [هب، «الضعيفة» (5232)].
(Lemah) Daripada Ibn Syihab secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Baginda menegah daripada meneguk minuman dengan hanya satu nafas. Baginda juga bersabda: "Demikian itu ialah cara minum syaitan". [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5232].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman