Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى عَنْ ذَبَائِحِ الجِنِّ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda menegah daripada (memakan) sembelihan jin.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 387, hadis no. 2060. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: «نَهَى عَنْ ذَبَائِحِ الجِنِّ». [ابن الجوزي، ابن حبان في «المجروحين»، «الضعيفة» (240)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda menegah daripada (memakan) sembelihan jin". [Riwayat Ibn al-Jawzi dan Ibn Hibban dalam al-Majruhin. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 240].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman