Baginda mendudukkan aku bersamanya atas katil

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا ؛ قال : يجلسني معه على السرير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

{Mudah-mudahan Tuhanmu membangkitkanmu di satu kedudukan yang terpuji} (al-Isra’ 17:79); dia berkata: “Baginda mendudukkan aku bersamanya atas katil.”

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 553, hadis nombor 2883. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (({عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا}؛ قال : يجلسني معه على السرير)).
[فر، ((الضعيفة)) (6465)]

(Batil)
Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: {Mudah-mudahan Tuhanmu membangkitkanmu di satu kedudukan yang terpuji} (al-Isra’ 17:79); dia berkata: “Baginda mendudukkan aku bersamanya atas katil.”
[Riwayat al-Dailami dalam kitab Musnad al-Firdaus. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6465]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.