Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Baginda mendudukkan aku bersamanya atas katil

Teks Bahasa Arab

عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا ؛ قال : يُجلسني معه على السريرِ.

Teks Bahasa Melayu

{Mudah-mudahan Tuhanmu membangkitkanmu di satu kedudukan yang terpuji} (al-Isra’ 17:79); dia berkata: “Baginda mendudukkan aku bersamanya atas katil.”

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 553, hadis no. 2883.

(باطل) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (({عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا}؛ قال : يجلسني معه على السرير)). [فر، ((الضعيفة)) (6465)]

(Batil) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: {Mudah-mudahan Tuhanmu membangkitkanmu di satu kedudukan yang terpuji} (al-Isra’ 17:79); dia berkata: “Baginda mendudukkan aku bersamanya atas katil.” [Riwayat al-Dailami dalam kitab Musnad al-Firdaus. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6465]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.