TEKS BAHASA ARAB
صلى قبل المغرب ركعتين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda mendirikan dua rakaat solat sebelum maghrib.
STATUS
Shadz
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 322, hadis nombor 1700. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ) عن عبد الله المزني – رضي الله عنه -، قال: أن رسول الله ﷺ: ((صلى قَبْلَ المغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ)). [حب، ((الضعيفة)) (5662)].
(Shadz) Daripada ‘Abdullah al-Muzani RA, beliau mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ mendirikan dua rakaat solat sebelum maghrib. [Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5662].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.