Shadz
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
صَلَّى قَبْلَ المغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda mendirikan dua rakaat solat sebelum maghrib.
Sahabat Perawi
- Abdullah al-Muzani RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Shadz
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 322, hadis no. 1700. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ) عن عبد الله المزني - رضي الله عنه -، قال: أن رسول الله ﷺ: ((صلى قَبْلَ المغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ)). [حب، ((الضعيفة)) (5662)].
(Shadz) Daripada ‘Abdullah al-Muzani RA, beliau mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ mendirikan dua rakaat solat sebelum maghrib. [Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5662].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman