TEKS BAHASA ARAB
كان يبدأ إذا دخل بالسواك، وإذا خرج؛ صلى ركعتين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda memulakan dengan siwak apabila baginda masuk, dan apabila baginda keluar, baginda mendirikan solat sebanyak dua rakaat.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 234, hadis nombor 1240. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن شريح عن عائشة – رضي الله عنها -، قال: قلت لها: بأي شيء كان يبدأ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – إذا دخل عليك وإذا خرج من عندك؟ قالت: ((كان يبدأ إذا دخل بالسواك، وإذا خرج؛ صلى ركعتين)). [حب، ((الضعيفة)) (6235)]
(Munkar)
Daripada Syuraih daripada ‘A’ishah RA, beliau (Syuraih) berkata: Aku bertanya kepadanya: Dengan apakah yang Rasulullah SAW mulakan apabila baginda masuk kepada kamu dan apabila baginda keluar dari rumah kamu? A’ishah menjawab: Baginda memulakan dengan siwak apabila baginda masuk, dan apabila baginda keluar, baginda mendirikan solat sebanyak dua rakaat.
[Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6235]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.