TEKS BAHASA ARAB
كان يبدأ إذا دخل بالسواك، وإذا خرج؛ صلى ركعتين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda memulakan dengan bersiwak apabila masuk dan solat dua rakaat apabila mahu keluar.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1221, hadis nombor 6218. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن المقدام بن شريح عن أبيه عن عائشة رضي الله عنها، قال: قلت لها: بأي شيء كان يبدأ رسول الله عليه وسلم إذا دخل عليك، وإذا خرج من عندك؟ قالت: كان يبدأُ إذا دخل بالسواك، وإذا خرج؛ صلى ركعتين.
[حب، ((الضعيفة)) (6235)].
(Munkar)
Daripada al-Miqdam bin Shuraih daripada ayahnya daripada ‘Aishah RA, katanya: Aku bertanya kepada ‘Aishah: Perbuatan apakah yang dimulakan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masuk ke tempat kamu dan apabila keluar daripada tempat kamu?, ‘Aishah berkata: Baginda memulakan dengan bersiwak apabila masuk dan solat dua rakaat apabila mahu keluar.
[Riwayat Ibn Hibban. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6235].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.