Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ يبدأُ إذا دخلَ بالسِّواكِ، وإذا خرجَ صلَّى رَكْعتينِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda memulakan dengan bersiwak apabila masuk dan solat dua rakaat apabila mahu keluar.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1221, hadis no. 6218. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن المقدام بن شريح عن أبيه عن عائشة رضي الله عنها، قال: قلت لها: بأي شيء كان يبدأ رسول الله عليه وسلم إذا دخل عليك، وإذا خرج من عندك؟ قالت: كان يبدأُ إذا دخل بالسواك، وإذا خرج؛ صلى ركعتين. [حب، ((الضعيفة)) (6235)].
(Munkar) Daripada al-Miqdam bin Shuraih daripada ayahnya daripada 'Aishah RA, katanya: Aku bertanya kepada 'Aishah: Perbuatan apakah yang dimulakan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masuk ke tempat kamu dan apabila keluar daripada tempat kamu?, 'Aishah berkata: Baginda memulakan dengan bersiwak apabila masuk dan solat dua rakaat apabila mahu keluar. [Riwayat Ibn Hibban. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6235].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman