Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Baginda meminta perlindungan pada hujung setiap solat daripada empat perkara

Teks Bahasa Arab

كانَ يتعوَّذُ في دُبُرِ الصَّلاةِ مِنَ الأربَعِ: مِن عذابِ القَبرِ، وعَذابِ النَّارِ، وشَرِّ الفَتَنِ ما ظَهَرَ منها وما بَطنَ، ومنَ الأعوَرِ الكذَّابِ.

Teks Bahasa Melayu

Baginda meminta perlindungan pada hujung setiap solat daripada empat perkara: Daripada azab kubur, azab api neraka, keburukan fitnah (bencana) yang tampak dan yang tersembunyi daripadanya dan daripada si buta sebelah lagi pendusta (dajal).

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 465, hadis no. 2498.

(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: «كان يتعوذ في دبر الصلاة من الأربع: من عذاب القبر، وعذاب النار، وشر الفتن ما ظهر منها وما بطن، ومن الأعور الكذاب».[تخ، «الضعيفة» (2794)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda meminta perlindungan pada hujung setiap solat daripada empat perkara: Daripada azab kubur, azab api neraka, keburukan fitnah (bencana) yang tampak dan yang tersembunyi daripadanya dan daripada si buta sebelah lagi pendusta (dajal)". [Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2794].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.