Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَخَّصَ في الشُّرْبِ من أَفْوَاهِ الْأَدَاوَي.
Teks Bahasa Melayu
Baginda memberikan keringanan (membenarkan) untuk minum dari mulut bekas.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 391, hadis no. 2085. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) ابن عباس - رضي الله عنهما - قال: «رخص في الشرب من أفواه الأداوي». [طب، «الضعيفة» (1057)].
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: "Baginda memberikan keringanan (membenarkan) untuk minum dari mulut bekas". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1057].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman