Baginda membaca "Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!"

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يقرأ في صلاة المغرب ليلة الجمعة {قل يا أيها الكافرون}، و{قل هو الله أحد}، ويقرأ في العشاء الآخرة ليلة الجمعة (الجمعة) و(المنافقين).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda membaca "Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!" (surah al-Kafirun) dan "Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa" (surah al-Ikhlas) pada solat maghrib malam Jumaat. Baginda pula membaca surah al-Jumu’ah dan surah al-Munafiqun pada solat isyak malam Jumaat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 352, hadis nombor 1866. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن جابر بن سمرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: «كانَ يقرَأُ في صلاةِ المغربِ ليلةَ الجمُعةِ {قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ}، و{قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ}، ويقرأُ في العشاءِ الآخرةِ ليلةَ الجمُعَةِ (الجمعَةَ) و(المنافِقينَ)». [حب، حق، «الضعيفة» (559)].

(Sangat Lemah) Daripada Jabir bin Samurah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda membaca "Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!" (surah al-Kafirun) dan "Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa" (surah al-Ikhlas) pada solat maghrib malam Jumaat. Baginda pula membaca surah al-Jumu’ah dan surah al-Munafiqun pada solat isyak malam Jumaat. [Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 559].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.