Baginda SAW memakan daging sambil berdiri, kemudian solat tanpa berwuduk

TEKS BAHASA ARAB

كنت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فمر بقدر لبعض أهله فيها لحم يطبخ، فناوله بعضهم منها كتفا فأكلها وهو قائم، ثم صلى ولم يتوضأ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku pernah bersama Rasulullah SAW, lalu sebahagian isteri baginda membawakan satu bekas (periuk) yang di dalamnya berisi daging yang dimasak. Baginda pun mengambil sebahagiannya pada bahagian bahu, lalu baginda memakannya sambil berdiri, kemudian baginda pun solat tanpa berwuduk.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1226, hadis nombor 6239. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: (وهو قائم))
عن أبي رافع مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: كنت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم، فمر بقدر لبعض أهله فيها لحم يطبخ، فناوله بعضهم منها كتفا فأكلها وهو قائم، ثم صلى ولم يتوضأ.
[حب، طب، ((الضعيفة)) (6514)].

(Munkar dengan menyebutkan: Ketika baginda sedang berdiri)
Daripada Abi Rafi’, mawla Rasulullah SAW, katanya: Aku pernah bersama Rasulullah SAW, lalu sebahagian isteri baginda membawakan satu bekas (periuk) yang di dalamnya berisi daging yang dimasak. Baginda pun mengambil sebahagiannya pada bahagian bahu, lalu baginda memakannya sambil berdiri, kemudian baginda pun solat tanpa berwuduk.
[Riwayat Ibn Hibban, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6514].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs