TEKS BAHASA ARAB
كان يأكل العنب خرطا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda memakan buah anggur dengan memasukkannya ke dalam mulut lalu menarik keluar tangkainya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 386, hadis nombor 2048. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن العباس – رضي الله عنه – مرفوعا: «كان يأكل العنب خرطا». [عد، هب، «الضعيفة» (108)].
(Palsu) Daripada al-Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda memakan buah anggur dengan memasukkannya ke dalam mulut lalu menarik keluar tangkainya". [Riwayat Ibn ‘Adi dan al-Bayhaqi dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 108].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.