Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يأكُلُ العنَبَ خرْطًا.
Teks Bahasa Melayu
Baginda memakan buah anggur dengan memasukkannya ke dalam mulut lalu menarik keluar tangkainya.
Sahabat Perawi
- Al-Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 386, hadis no. 2048. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن العباس - رضي الله عنه - مرفوعا: «كان يأكل العنب خرطا». [عد، هب، «الضعيفة» (108)].
(Palsu) Daripada al-Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda memakan buah anggur dengan memasukkannya ke dalam mulut lalu menarik keluar tangkainya". [Riwayat Ibn ‘Adi dan al-Bayhaqi dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 108].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman