Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Baginda melarang seseorang lelaki itu membuang (air besar atau air kecil) di bawah pokok yang berbuah

Teks Bahasa Arab

نَهَى أنْ يَتَخَلَّى رجلٌ تحتَ شجرةٍ مُثْمِرَةٍ ، ونَهَى أنْ يَتَخَلَّى الرجلُ على ضَفَّةِ نهرٍ جارٍ.

Teks Bahasa Melayu

Baginda melarang seseorang lelaki itu membuang (air besar atau air kecil) di bawah pokok yang berbuah, serta melarang seseorang untuk membuang air di tepian sungai yang mengalir.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 214, hadis no. 1132. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((نهى أن يتخلى رجل تحت شجرة مثمرة، ونهى أن يتخلى الرجل على ضفة نهر جار)). [عق، حل، ((الضعيفة)) (4707)]

(Terlalu Daif) Daripada ‘Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda melarang seseorang lelaki itu membuang (air besar atau air kecil) di bawah pokok yang berbuah, serta melarang seseorang untuk membuang air di tepian sungai yang mengalir. [Riwayat al-Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4707]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.