Batil
3 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهى أن يبولَ الرَّجلُ وفرجُهُ بادٍ إلى الشَّمسِ والقمرِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda melarang seseorang itu daripada kencing dalam keadaan kemaluannya menghala ke arah matahari dan bulan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 353, hadis no. 1871. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) «نهى أن يبول الرجل وفرجه باد إلى الشمس والقمر». [الحكيم في «المناهي»، «الضعيفة» (944)].
(Batil) "Baginda melarang seseorang itu daripada kencing dalam keadaan kemaluannya menghala ke arah matahari dan bulan". [Diriwayatkan oleh al-Hakim al-Tirmidzi dalam al-Manahi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 944].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman