Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Baginda melarang seorang wanita dikahwini dengan bermadu dengan ibu saudara sebelah ayah dan ibu saudara sebelah ibu

Teks Bahasa Arab

نهى أنْ تُزوَّجَ المرأةُ على العمَّةِ والخالةِ، فقال: ((إنَّكنَّ إذا فعَلْتُنَّ ذلك قطَعْتُنَّ أرحامَكنَّ)).

Teks Bahasa Melayu

Baginda melarang seorang wanita dikahwini dengan bermadu dengan ibu saudara sebelah ayah dan ibu saudara sebelah ibu. Baginda berkata: “Kalian jika melakukan perkara itu kamu telah memutuskan silaturrahim kamu.”

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 822, hadis no. 4227. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة: الشرط الثاني) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: نهى أن تزوج المرأة على العمة والخالة، فقال: ((إنكن إذا فعلتن ذلك قطعتن أرحامكن)). [حب، طب، ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (6528)]

(Munkar dengan penambahan rangkap kedua) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Baginda melarang seorang wanita dikahwini dengan bermadu dengan ibu saudara sebelah ayah dan ibu saudara sebelah ibu. Baginda berkata: “Kalian jika melakukan perkara itu kamu telah memutuskan silaturrahim kamu.” [Riwayat Sahih Ibn Hibban, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan Ibn Abd al-Barr dalam al-Tamhid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6528]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.