Baginda melarang seorang wanita dikahwini dengan bermadu dengan ibu saudara sebelah ayah dan ibu saudara sebelah ibu

TEKS BAHASA ARAB

نهى أن تزوج المرأة على العمة والخالة، فقال: ((إنكن إذا فعلتن ذلك قطعتن أرحامكن)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda melarang seorang wanita dikahwini dengan bermadu dengan ibu saudara sebelah ayah dan ibu saudara sebelah ibu. Baginda berkata: “Kalian jika melakukan perkara itu kamu telah memutuskan silaturrahim kamu.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 822, hadis nombor 4227. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة: الشطر الثاني) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- قال: نهى أن تزوج المرأة على العمة والخالة، فقال: ((إنكن إذا فعلتن ذلك قطعتن أرحامكن)).
[حب، طب، ابن عبد البر، ((الضعيفة)) (6528)]

(Munkar dengan penambahan rangkap kedua) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Baginda melarang seorang wanita dikahwini dengan bermadu dengan ibu saudara sebelah ayah dan ibu saudara sebelah ibu. Baginda berkata: “Kalian jika melakukan perkara itu kamu telah memutuskan silaturrahim kamu.”
[Riwayat Sahih Ibn Hibban, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan Ibn Abd al-Barr dalam al-Tamhid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6528]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs