Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهى أن يحدَّ الرَّجُلُ النظرَ إلى الغُلامِ الأمردِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda melarang seorang lelaki melihat seorang pemuda yang Amrad.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 810, hadis no. 4175. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة –رضي الله عنه- مرفوعا قال: ((نهى أن يحد الرجل النظر إلى الغلام الأمرد)). [عد، ((الضعيفة)) (5969)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) berkata: Baginda melarang seorang lelaki melihat seorang pemuda yang Amrad. [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5969]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman