Baginda melarang seorang lelaki itu untuk solat sambil bertopang dengan tangannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نهى رسول الله ﷺ – قال أحمد بن حنبل – أن يجلس في الصلاة وهو معتمد على يده – قال ابن شبويه: أن يعتمد الرجل على يده في الصلاة، وقال ابن رافع: نهى أن يصلي الرجل وهو معتمد على يده، وذكره في باب الرفع من السجود، وقال ابن عبد الملك: نهى أن يعتمد الرجل على يده إذا نهض في الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Rasulullah ﷺ melarang" – Ahmad bin Hanbal berkata: – "seseorang itu untuk duduk dalam solat, sambil bertopang dengan tangannya." Ibn Shabbuyah berkata: "seseorang lelaki itu untuk bertopang dengan tangannya dalam solat." Ibnu Rafi’ pula berkata: "Baginda melarang seorang lelaki itu untuk solat sambil bertopang dengan tangannya.", beliau menyebutkannya dalam Bab Bangun daripada Sujud. Manakala Ibn ‘Abd al-Malik pula berkata: "Baginda melarang seseorang lelaki itu untuk bertopang dengan tangannya apabila dia bangkit dalam solat."

STATUS

Sahih melainkan lafaz hujung yang munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 355-356, hadis nombor 1891. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(صحيح إلا اللفظ الأخير فإنه منكر) أبو داود في «السنن»: حدثنا أحمد بن حنبل، وأحمد بن محمد بن شبويه ومحمد بن رافع ومحمد بن عبد الملك الغزال قالوا: ثنا عبد الرزاق عن معمر عن إسماعيل بن أمية عن نافع عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: «نهى رسولُ اللَّهِ ﷺ – قالَ أحمدُ بنُ حنبلٍ – أن يجلِسَ في الصَّلاةِ وهوَ معتمِدٌ على يدِهِ – قالَ ابنُ شَبُّوَيهِ: أن يعتَمِدَ الرَّجلُ على يدِهِ في الصَّلاةِ، وقالَ ابنُ رافعٍ: نهى أن يصلِّيَ الرَّجلُ وهوَ معتمِدٌ على يدِه، وذكرَهُ في بابِ الرَّفعِ منَ السُّجودِ، وقالَ ابنُ عبدِ الملِكِ: نهى أن يعتَمِدَ الرَّجلُ على يدهِ إذا نهضَ في الصَّلاةِ». [د، «الضعيفة» (967)].

(Sahih Melainkan Lafaz Hujung, Kerana Ia Munkar) Abu Daud dalam Sunan Abu Daud: Ahmad bin Hanbal, Ahmad bin Muhammad bin Shabbuyah, Muhammad bin Rafi’ dan Muhammad bin ‘Abd al-Malik al-Ghazzal menceritakan kepada kami, mereka berkata: ‘Abd al-Razzaq menceritakan kepada kami, daripada Ma’mar, daripada Isma’il bin Umayyah, daripada Nafi’, daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata: "Rasulullah ﷺ melarang" – Ahmad bin Hanbal berkata: – "seseorang itu untuk duduk dalam solat, sambil bertopang dengan tangannya." Ibn Shabbuyah berkata: "seseorang lelaki itu untuk bertopang dengan tangannya dalam solat." Ibnu Rafi’ pula berkata: "Baginda melarang seorang lelaki itu untuk solat sambil bertopang dengan tangannya.", beliau menyebutkannya dalam Bab Bangun daripada Sujud. Manakala Ibn ‘Abd al-Malik pula berkata: "Baginda melarang seseorang lelaki itu untuk bertopang dengan tangannya apabila dia bangkit dalam solat." [Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 967].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.