Sahih melainkan lafaz hujung yang munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نهى رسولُ اللَّهِ ﷺ - قالَ أحمدُ بنُ حنبلٍ - أن يجلِسَ في الصَّلاةِ وهوَ معتمِدٌ على يدِهِ - قالَ ابنُ شَبُّوَيهِ: أن يعتَمِدَ الرَّجلُ على يدِهِ في الصَّلاةِ، وقالَ ابنُ رافعٍ: نهى أن يصلِّيَ الرَّجلُ وهوَ معتمِدٌ على يدِه، وذكرَهُ في بابِ الرَّفعِ منَ السُّجودِ، وقالَ ابنُ عبدِ الملِكِ: نهى أن يعتَمِدَ الرَّجلُ على يدهِ إذا نهضَ في الصَّلاةِ.
Teks Bahasa Melayu
"Rasulullah ﷺ melarang" - Ahmad bin Hanbal berkata: - "seseorang itu untuk duduk dalam solat, sambil bertopang dengan tangannya." Ibn Shabbuyah berkata: "seseorang lelaki itu untuk bertopang dengan tangannya dalam solat." Ibnu Rafi' pula berkata: "Baginda melarang seorang lelaki itu untuk solat sambil bertopang dengan tangannya.", beliau menyebutkannya dalam Bab Bangun daripada Sujud. Manakala Ibn ‘Abd al-Malik pula berkata: "Baginda melarang seseorang lelaki itu untuk bertopang dengan tangannya apabila dia bangkit dalam solat."
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sahih melainkan lafaz hujung yang munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 355-356, hadis no. 1891. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(صحيح إلا اللفظ الأخير فإنه منكر) أبو داود في «السنن»: حدثنا أحمد بن حنبل، وأحمد بن محمد بن شبويه ومحمد بن رافع ومحمد بن عبد الملك الغزال قالوا: ثنا عبد الرزاق عن معمر عن إسماعيل بن أمية عن نافع عن ابن عمر - رضي الله عنهما -، قال: «نهى رسولُ اللَّهِ ﷺ - قالَ أحمدُ بنُ حنبلٍ - أن يجلِسَ في الصَّلاةِ وهوَ معتمِدٌ على يدِهِ - قالَ ابنُ شَبُّوَيهِ: أن يعتَمِدَ الرَّجلُ على يدِهِ في الصَّلاةِ، وقالَ ابنُ رافعٍ: نهى أن يصلِّيَ الرَّجلُ وهوَ معتمِدٌ على يدِه، وذكرَهُ في بابِ الرَّفعِ منَ السُّجودِ، وقالَ ابنُ عبدِ الملِكِ: نهى أن يعتَمِدَ الرَّجلُ على يدهِ إذا نهضَ في الصَّلاةِ». [د، «الضعيفة» (967)].
(Sahih Melainkan Lafaz Hujung, Kerana Ia Munkar) Abu Daud dalam Sunan Abu Daud: Ahmad bin Hanbal, Ahmad bin Muhammad bin Shabbuyah, Muhammad bin Rafi' dan Muhammad bin ‘Abd al-Malik al-Ghazzal menceritakan kepada kami, mereka berkata: ‘Abd al-Razzaq menceritakan kepada kami, daripada Ma'mar, daripada Isma'il bin Umayyah, daripada Nafi', daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata: "Rasulullah ﷺ melarang" - Ahmad bin Hanbal berkata: - "seseorang itu untuk duduk dalam solat, sambil bertopang dengan tangannya." Ibn Shabbuyah berkata: "seseorang lelaki itu untuk bertopang dengan tangannya dalam solat." Ibnu Rafi' pula berkata: "Baginda melarang seorang lelaki itu untuk solat sambil bertopang dengan tangannya.", beliau menyebutkannya dalam Bab Bangun daripada Sujud. Manakala Ibn ‘Abd al-Malik pula berkata: "Baginda melarang seseorang lelaki itu untuk bertopang dengan tangannya apabila dia bangkit dalam solat." [Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 967].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman