Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهى عن قِسمةِ الضِّرارِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda melarang pembahagian (sesuatu) yang memudaratkan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 799, hadis no. 4119. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن نضير مولى معاوية مرفوعا: ((نهى عن قسمة الضرار)). [ابن منده، هق، ((الضعيفة)) (4731)]
(Lemah) Daripada Nuḍair maula Mu‘āwiyah secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda melarang pembahagian (sesuatu) yang memudaratkan. [Riwayat Ibn Mandah dalam Ma‘rifat al-Saḥābah, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4731]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman