Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى عن ثمنِ الكلبِ وإن كانَ ضاريًا.
Teks Bahasa Melayu
Baginda melarang menjual anjing walaupun ia terlatih (untuk memburu).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 810, hadis no. 4176. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر –رضي الله عنهما- قال: ((نهى عن ثمن الكلب وإن كان ضاريا)). [الطحاوي، ((الضعيفة)) (5790)].
(Munkar) Daripada Ibn Umar RA berkata: Baginda melarang menjual anjing walaupun ia terlatih (untuk memburu). [Riwayat al-Tahawi dalam Syarh Maani al-Athar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5790]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman