Baginda melarang membunuh kelawar dan burung layang-layang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نهى عن قتل الخفاش والخطاف؛ لأنهما كانا يطفئان النار عن بيت المقدس حين أحرق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda melarang membunuh kelawar dan burung layang-layang kerana mereka berdualah yang memadamkan api dari Bait al-Maqdis ketika ia terbakar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 810, hadis nombor 4177. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر –رضي الله عنهما- مرفوعا قال: ((نهى عن قتل الخفاش والخطاف؛ لأنهما كانا يطفئان النار عن بيت المقدس حين أحرق)).
[عد، ((الضعيفة)) (5812)].

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) berkata: Baginda melarang membunuh kelawar dan burung layang-layang kerana mereka berdualah yang memadamkan api dari Bait al-Maqdis ketika ia terbakar.
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5812]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.