Baginda melarang meleburkan syiling mata wang Muslimin (menjadi emas atau perak)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نهى أن ‌تكسر ‌سكة المسلمين الجائزة بينهم؛ إلا من بأس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda melarang meleburkan syiling mata wang Muslimin (menjadi emas atau perak) yang masih laku di antara mereka, kecuali jika terpaksa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 799, hadis nombor 4117. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علقمة بن عبد الله عن أبيه -رضي الله عنه- مرفوعا: ((نهى أن ‌تكسر ‌سكة المسلمين الجائزة بينهم؛ إلا من بأس)). [د، ه، ك، حم، عد، هق، الكشي في ((جزء الأنصار))، ((الضعيفة)) (4706)]

(Lemah) Daripada ‘Alqamah bin ‘Abdillah daripada ayahnya RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda melarang meleburkan syiling mata wang Muslimin (menjadi emas atau perak) yang masih laku di antara mereka, kecuali jika terpaksa. [Riwayat Abū Daūd dan Ibn Mājah dalam al-Sunan, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, al-Kasysyī dalam Juz al-Anṣār. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4706]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.