Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نهَى أن تُكْسرَ سِكَّةُ المسلِمينَ الجائزةُ بينَهُم؛ إلَّا مِن بأسٍ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda melarang meleburkan syiling mata wang Muslimin (menjadi emas atau perak) yang masih laku di antara mereka, kecuali jika terpaksa.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 799, hadis no. 4117. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علقمة بن عبد الله عن أبيه -رضي الله عنه- مرفوعا: ((نهى أن تكسر سكة المسلمين الجائزة بينهم؛ إلا من بأس)). [د، ه، ك، حم، عد، هق، الكشي في ((جزء الأنصار))، ((الضعيفة)) (4706)]
(Lemah) Daripada ‘Alqamah bin ‘Abdillah daripada ayahnya RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda melarang meleburkan syiling mata wang Muslimin (menjadi emas atau perak) yang masih laku di antara mereka, kecuali jika terpaksa. [Riwayat Abū Daūd dan Ibn Mājah dalam al-Sunan, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, al-Kasysyī dalam Juz al-Anṣār. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4706]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman