Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَنهى عن العُمرةِ قبلَ الحَجِّ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda melarang melakukan umrah sebelum haji.
Sahabat Perawi
- Said bin al-Musayyib
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 747, hadis no. 3827. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن سعيد بن المسيب أن رجلا من أصحاب النبي ﷺ أتى عمر بن الخطاب -رضي الله عنه -، فشهد عنده أنه سمع رسول الله ﷺ في مرضه الذي قبض فيه: «ينهى عن العمرة قبل الحج». [د، «الضعيفة» (4723)].
(Munkar) Daripada Said bin al-Musayyib bahawa ada seorang lelaki daripada sahabat Nabi SAW mendatangi Umar bin al-Khattab RA, lalu dia bersaksi di sisinya bahawa dia mendengar daripada Rasulullah SAW ketika baginda sedang sakit yang baginda meninggal kerananya: Baginda melarang melakukan umrah sebelum haji. [Riwayat Sunan Abi Daud. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4723].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman