Baginda melarang kaum wanita untuk keluar pergi ke masjid bersama-sama jemaah lelaki melainkan wanita tua yang memakai manqal

TEKS BAHASA ARAB

نهى النساء عن الخروج إلى المساجد في جماعة الرجال؛ إلا عجوزا في منقلها. والمنقل: الخف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda melarang kaum wanita untuk keluar pergi ke masjid bersama-sama jemaah lelaki melainkan wanita tua yang memakai manqal. Manqal itu ialah stoking kulit (khuf).

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 342, hadis nombor 1796. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له مرفوعًا) «نَهَى النِّسَاءَ عَنِ الخُرُوجِ إلى المساجِدِ فِي جَمَاعَةِ الرِّجَالِ؛ إلا عَجُوزًا في مَنْقَلِها. والمنقل: الخُفُّ». [«الضعيفة» (6214)].

(Tiada Asal Baginya Yang Marfu’) "Baginda melarang kaum wanita untuk keluar pergi ke masjid bersama-sama jemaah lelaki melainkan wanita tua yang memakai manqal. Manqal itu ialah stoking kulit (khuf)". [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6214].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs