TEKS BAHASA ARAB
نهى عن كل مسكر ومفتر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda melarang daripada semua yang memabukkan dan yang melesukan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 413, hadis nombor 2226. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم سلمة – رضي الله عنها – مرفوعاً: «نهى عن كل مسكر ومفتر». [د، هق، حم، الضياء، «الضعيفة» (4732)].
(Lemah) Daripada Ummu Salamah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda melarang daripada semua yang memabukkan dan yang melesukan". [Riwayat Abū Dāwud dalam Sunannya, al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, Aḥmad dalam Musnadnya dan al-Ḍiyā’ dalam al-Mukhtārah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4732].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.