Baginda melarang daripada mematahkan leher binatang sembelihan sebelum ia mati

TEKS BAHASA ARAB

نهى عن الذبيحة أن تفرس قبل أن تموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda melarang daripada mematahkan leher binatang sembelihan sebelum ia mati.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 413, hadis nombor 2223. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعاً: «نهى عن الذبيحة أن تفرس قبل أن تموت». [طب، هق، الضياء، «الضعيفة» (4717)].

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda melarang daripada mematahkan leher binatang sembelihan sebelum ia mati". [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā dan al-Ḍiyā’ al-Maqdisī dalam al-Mukhtārah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4717].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs