Baginda melarang daripada memakai senjata ketika dua hari raya di negara-negara Islam

TEKS BAHASA ARAB

نهى أن يلبس السلاح في بلاد الإسلام في العيدين؛ إلا أن يكونوا بحضرة العدو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda melarang daripada memakai senjata ketika dua hari raya di negara-negara Islam, melainkan sekiranya mereka berhadapan dengan musuh.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 228-229, hadis nombor 1212. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنها -، قال: «نهى أن يلبس السلاح في بلاد الإسلام في العيدين؛ إلا أن يكونوا بحضرة العدو». [هـ، «الضعيفة» (5654)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: "Baginda melarang daripada memakai senjata ketika dua hari raya di negara-negara Islam, melainkan sekiranya mereka berhadapan dengan musuh". [Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 5654].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.