Baginda melarang dari melakukan persetubuhan

TEKS BAHASA ARAB

نهى عن المواقعة قبل الملاعبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda melarang dari melakukan persetubuhan sebelum bersenda gurau.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 77, hadis nombor 444. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Khalili seraya beliau berkata: Aku telah mendengar al-Hakim berkata: Khalaf (nama perawi) ditinggalkan kerana hadith ini. Hadith beliau gugur kelayakan untuk berhujah kerana beliau meriwayatkan hadith ini.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs