Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى عَنِ المُوَاقَعَةِ قَبْلَ المُلاَعَبَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda melarang dari melakukan persetubuhan sebelum bersenda gurau.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 77, hadis no. 444. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Khalili seraya beliau berkata: Aku telah mendengar al-Hakim berkata: Khalaf (nama perawi) ditinggalkan kerana hadith ini. Hadith beliau gugur kelayakan untuk berhujah kerana beliau meriwayatkan hadith ini.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman