Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يأكل الخربزَ بالرُّطبِ، ويقول: هما الأطيبانِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda makan tembikai wangi bersama kurma matang dan baginda bersabda: "Kedua-dua ini adalah yang paling bagus".
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 408, hadis no. 2193. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبد الله - رضي الله عنهما - مرفوعاً: «كان يأكل الخربز بالرطب، ويقول: هما الأطيبان». [الطيالسي، «الضعيفة» (4257)].
(Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda makan tembikai wangi bersama kurma matang dan baginda bersabda: "Kedua-dua ini adalah yang paling bagus". [Riwayat al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4257].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman