TEKS BAHASA ARAB
كان يأكل بكفه كلها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda makan dengan seluruh tapak tangan baginda.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 391, hadis nombor 2087. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن أخي ابن شهاب عن امرأته أم الحجاج بنت محمد بن مسلم، قالت: «كان أبي يأكل بكفه (الأصل: بكفيه وهو خطأ مطبعي) فقلت: لو أكلت بثلاث أصابع. قال: كان يأكل بكفه كلها». [عق، ابن الجوزي، «الضعيفة» (1202)].
(Palsu) Daripada anak saudaraku Ibn Shihab, daripada isterinya Umm al-Hajjaj binti Muhammad bin Muslim, beliau berkata: Bapaku dulu makan dengan tapak tangannya [asalnya: "dengan kedua-dua tapak tangannya", ia adalah kesilapan cetakan]. Lalu aku berkata: "Kalaulah kamu makan dengan tiga jari (itu adalah lebih baik)". Dia (bapaku) membalas: "Baginda makan dengan seluruh tapak tangan baginda". [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du’afa’ dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu’at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1202].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.