Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Baginda makan dengan seluruh tapak tangan baginda

Teks Bahasa Arab

كانَ يأْكلُ بكفِّهِ كلِّها.

Teks Bahasa Melayu

Baginda makan dengan seluruh tapak tangan baginda.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 391, hadis no. 2087. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن أخي ابن شهاب عن امرأته أم الحجاج بنت محمد بن مسلم، قالت: «كان أبي يأكل بكفه (الأصل: بكفيه وهو خطأ مطبعي) فقلت: لو أكلت بثلاث أصابع. قال: كان يأكل بكفه كلها». [عق، ابن الجوزي، «الضعيفة» (1202)].

(Palsu) Daripada anak saudaraku Ibn Shihab, daripada isterinya Umm al-Hajjaj binti Muhammad bin Muslim, beliau berkata: Bapaku dulu makan dengan tapak tangannya [asalnya: "dengan kedua-dua tapak tangannya", ia adalah kesilapan cetakan]. Lalu aku berkata: "Kalaulah kamu makan dengan tiga jari (itu adalah lebih baik)". Dia (bapaku) membalas: "Baginda makan dengan seluruh tapak tangan baginda". [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du’afa’ dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu’at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1202].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.