Baginda keluar pada hari raya Aidilfitri atau Aidiladha lalu baginda berkhutbah dalam keadaan berdiri, kemudian baginda duduk sejenak, kemudian baginda berdiri semula

TEKS BAHASA ARAB

خرج يوم فطر أو أضحى، فخطب قائما، ثم قعد قعدة، ثم قام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda keluar pada hari raya Aidilfitri atau Aidiladha lalu baginda berkhutbah dalam keadaan berdiri, kemudian baginda duduk sejenak, kemudian baginda berdiri semula.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 321, hadis nombor 1691. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر – رضي الله عنه -، مرفوعًا: ((خرج يوم فطرٍ أو أضحى، فخطب قائمًا، ثم قعد قعدةً، ثم قام)). [هـ، ((الضعيفة)) (5789)].

(Munkar) Daripada Jabir RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Baginda keluar pada hari raya Aidilfitri atau Aidiladha lalu baginda berkhutbah dalam keadaan berdiri, kemudian baginda duduk sejenak, kemudian baginda berdiri semula.” [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5789].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs