Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خَرَجَ يَوْمَ فِطْرٍ أَوْ أَضْحَى، فَخَطَبَ قَائِمًا، ثُمَّ قَعَدَ قَعْدَةً، ثُمَّ قَامَ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda keluar pada hari raya Aidilfitri atau Aidiladha lalu baginda berkhutbah dalam keadaan berdiri, kemudian baginda duduk sejenak, kemudian baginda berdiri semula.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 321, hadis no. 1691. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جابر - رضي الله عنه -، مرفوعًا: ((خرج يوم فطرٍ أو أضحى، فخطب قائمًا، ثم قعد قعدةً، ثم قام)). [هـ، ((الضعيفة)) (5789)].
(Munkar) Daripada Jabir RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Baginda keluar pada hari raya Aidilfitri atau Aidiladha lalu baginda berkhutbah dalam keadaan berdiri, kemudian baginda duduk sejenak, kemudian baginda berdiri semula.” [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5789].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman