Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ أَحْسَنَ الْبَشَرِ قَدَمًا.
Teks Bahasa Melayu
Baginda ialah manusia yang kakinya paling indah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1051, hadis no. 5375. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن بريدة مرفوعًا: كان أحسن البشر قدمًا. [ابن سعد، الضعيفة (4241)]
[Lemah] Daripada ‘Abdullah bin Buraidah secara marfu‘, Baginda ialah manusia yang kakinya paling indah. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4241]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman