Baginda gemar untuk solat sebanyak empat rakaat selepas pertengahan siang ketika matahari naik

TEKS BAHASA ARAB

كان يستحب أن يصلي بعد نصف النهار حين ترتفع الشمس أربع ركعات، فقالت عائشة: يا رسول الله أراك تستحب الصلاة في هذه الساعة؟ قال: يفتح فيها أبواب السماء، وينظر الله – تبارك وتعالى – إلى خلقه، وهي صلاة كان يحافظ عليها آدم ونوح وإبراهيم وموسى وعيسى عليهم السلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda gemar untuk solat sebanyak empat rakaat selepas pertengahan siang ketika matahari naik. ‘Aishah bertanya: "Wahai Rasulullah! Aku melihatmu suka solat pada waktu ini?". Baginda menjawab: "Ketika itu pintu-pintu langit dibuka dan Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi melihat kepada makhluk-Nya. Ia juga ialah solat yang dipelihara oleh Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa AS".

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 352, hadis nombor 1863. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ثوبان – رضي الله عنه – مرفوعا: «كان يَسْتَحِبُّ أن يُصَلِّيَ بعدَ نصفِ النهارِ حين ترتفعُ الشمسُ أربعَ رَكَعاتٍ، فقالت عائشةُ: يا رسولَ اللهِ أَرَاك تَسْتَحِبُّ الصلاةَ في هذه الساعةِ؟ قال: يُفْتَحُ فيها أبوابُ السماءِ، ويَنْظُرُ اللهُ – تبارك وتعالى – إلى خَلْقِهِ، وهي صلاةٌ كان يُحافِظُ عليها آدمُ ونوحٌ وإبراهيمُ وموسى وعيسى عليهِمُ السلامُ». [الخطيب في «التلخيص»، «الضعيفة» (984)].

(Sangat Lemah) Daripada Thawban RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Baginda gemar untuk solat sebanyak empat rakaat selepas pertengahan siang ketika matahari naik. ‘Aishah bertanya: "Wahai Rasulullah! Aku melihatmu suka solat pada waktu ini?". Baginda menjawab: "Ketika itu pintu-pintu langit dibuka dan Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi melihat kepada makhluk-Nya. Ia juga ialah solat yang dipelihara oleh Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa AS". [Diriwayatkan oleh al-Khatib dalam al-Talkhis. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 984].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs