Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يَسْتَحِبُّ أن يُصَلِّيَ بعدَ نصفِ النهارِ حين ترتفعُ الشمسُ أربعَ رَكَعاتٍ، فقالت عائشةُ: يا رسولَ اللهِ أَرَاك تَسْتَحِبُّ الصلاةَ في هذه الساعةِ؟ قال: يُفْتَحُ فيها أبوابُ السماءِ، ويَنْظُرُ اللهُ - تبارك وتعالى - إلى خَلْقِهِ، وهي صلاةٌ كان يُحافِظُ عليها آدمُ ونوحٌ وإبراهيمُ وموسى وعيسى عليهِمُ السلامُ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda gemar untuk solat sebanyak empat rakaat selepas pertengahan siang ketika matahari naik. 'Aishah bertanya: "Wahai Rasulullah! Aku melihatmu suka solat pada waktu ini?". Baginda menjawab: "Ketika itu pintu-pintu langit dibuka dan Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi melihat kepada makhluk-Nya. Ia juga ialah solat yang dipelihara oleh Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa AS".
Sahabat Perawi
- Thawban RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 352, hadis no. 1863. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ثوبان - رضي الله عنه - مرفوعا: «كان يَسْتَحِبُّ أن يُصَلِّيَ بعدَ نصفِ النهارِ حين ترتفعُ الشمسُ أربعَ رَكَعاتٍ، فقالت عائشةُ: يا رسولَ اللهِ أَرَاك تَسْتَحِبُّ الصلاةَ في هذه الساعةِ؟ قال: يُفْتَحُ فيها أبوابُ السماءِ، ويَنْظُرُ اللهُ - تبارك وتعالى - إلى خَلْقِهِ، وهي صلاةٌ كان يُحافِظُ عليها آدمُ ونوحٌ وإبراهيمُ وموسى وعيسى عليهِمُ السلامُ». [الخطيب في «التلخيص»، «الضعيفة» (984)].
(Terlalu Daif) Daripada Thawban RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): Baginda gemar untuk solat sebanyak empat rakaat selepas pertengahan siang ketika matahari naik. 'Aishah bertanya: "Wahai Rasulullah! Aku melihatmu suka solat pada waktu ini?". Baginda menjawab: "Ketika itu pintu-pintu langit dibuka dan Allah Yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi melihat kepada makhluk-Nya. Ia juga ialah solat yang dipelihara oleh Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa AS". [Diriwayatkan oleh al-Khatib dalam al-Talkhis. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 984].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman