Munkar dengan sebutan "susu"
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ يستحبُّ إذا أفطرَ أنْ يُفْطِرَ عَلَى لبنٍ، فَإِنْ لَمْ يجدْ فتمر، فَإِنْ لَمْ يجدْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda gemar apabila baginda berbuka puasa untuk bermula dengan susu. Sekiranya tiada maka dengan kurma. Sekiranya tiada maka baginda akan menghirup beberapa hirupan air.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar dengan sebutan "susu"
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 408-409, hadis no. 2196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar Dengan Sebutan "susu") Daripada Anas RA: "Baginda gemar apabila baginda berbuka puasa untuk bermula dengan susu. Sekiranya tiada maka dengan kurma. Sekiranya tiada maka baginda akan menghirup beberapa hirupan air". [Riwayat Ibn ‘Asakir dan al-Diya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4269, 6127].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman