Baginda dahulu akan menunaikan solat sebanyak empat rakaat sebelum solat Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

كان يركع قبل الجمعة أربعا، وبعدها أربعا لا يفصل بينهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda dahulu akan menunaikan solat sebanyak empat rakaat sebelum solat Jumaat dan selepasnya sebanyak empat rakaat juga, tanpa memisah-misahkannya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 360, hadis nombor 1920. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: «كان يركع قبل الجمعة أربعا، وبعدها أربعا لا يفصل بينهن». [طب، ابن ماجه دون قوله «وبعدها أربعا»، «الضعيفة» (1001)].

(Batil) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda dahulu akan menunaikan solat sebanyak empat rakaat sebelum solat Jumaat dan selepasnya sebanyak empat rakaat juga, tanpa memisah-misahkannya". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Ibn Majah tanpa sebutan "selepasnya sebanyak empat rakaat juga". Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1001].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs