Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يركعُ قبلَ الجُمُعةِ أربعًا، وبعدَها أربعًا لا يَفْصِلُ بينهن.
Teks Bahasa Melayu
Baginda dahulu akan menunaikan solat sebanyak empat rakaat sebelum solat Jumaat dan selepasnya sebanyak empat rakaat juga, tanpa memisah-misahkannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 360, hadis no. 1920. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: «كان يركع قبل الجمعة أربعا، وبعدها أربعا لا يفصل بينهن». [طب، ابن ماجه دون قوله «وبعدها أربعا»، «الضعيفة» (1001)].
(Batil) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda dahulu akan menunaikan solat sebanyak empat rakaat sebelum solat Jumaat dan selepasnya sebanyak empat rakaat juga, tanpa memisah-misahkannya". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Ibn Majah tanpa sebutan "selepasnya sebanyak empat rakaat juga". Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1001].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman