Baginda biasanya memakai cincin di tangan kanan

TEKS BAHASA ARAB

كان يتختم في يمينه، ثم إنه حوله في يساره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda biasanya memakai cincin di tangan kanannya, kemudian baginda memindahkannya pada tangan kiri baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1274, hadis nombor 6523. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: كان يتختم في يمينه، ثم إنه حوله في يساره.
[أبو الشيخ في ((الأخلاق))، ((الضعيفة)) (4263)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda biasanya memakai cincin di tangan kanannya, kemudian baginda memindahkannya pada tangan kiri baginda.
[Riwayat Abu al-Sheikh dalam al-Akhlaq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4263]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.