Baginda biasa solat tiga belas rakaat semalaman

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يصلى ثلاث عشرة ركعة من الليل، ثم إنه صلى إحدى عشرة ركعة؛ ترك ركعتين، ثم قبض حين قبض وهو يصلى من الليل تسع ركعات، آخر صلاته من الليل الوتر، ثم ربما جاء إلى فراشي هذا، فيأتيه بلال، فيؤذنه بالصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda biasa solat tiga belas rakaat semalaman. Kemudian baginda solat sebelas rakaat dengan meninggalkan dua rakaat. Kemudian baginda wafat ketika baginda wafat, dalam keadaan baginda solat malam sembilan rakaat. Penghujung solat malam baginda ialah witir. Setelah itu, boleh jadi baginda akan datang kepada tilamku ini, lalu Bilal akan datang kepadanya untuk mengajak baginda solat.

STATUS

Shadz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 339, hadis nombor 1778. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بهذا السياق) عَن مسروق أَنَّهُ دَخَلَ عَلَى عَائِشَةَ – رَضِىَ اللَّهُ عَنْهَا – فَسَأَلَهَا عَنْ صَلاَةِ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ؟ فَقَالَتْ: ((كَانَ يُصَلِّى ثَلاَثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنَ اللَّيْلِ، ثُمَّ إِنَّهُ صَلَّى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً؛ تَرَكَ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ قُبِضَ حِينَ قُبِضَ وَهُوَ يُصَلِّى مِنَ اللَّيْلِ تِسْعَ رَكَعَاتٍ، آخِرُ صَلاَتِهِ مِنَ اللَّيْلِ الْوِتْرُ، ثم ربما جاءَ إلى فراشي هذا، فيأتيه بلالٌ، فَيُؤْذِنُه بالصلاة)). [ابن خزيمة، حب، ((الضعيفة)) (6366)].

(Shadz dengan konteks begini) Daripada Masruq, bahawa beliau bertemu ‘Aishah RA, lalu bertanya tentang solat Rasulullah ﷺ kepadanya. ‘Aishah menjawab: “Baginda biasa solat tiga belas rakaat semalaman. Kemudian baginda solat sebelas rakaat dengan meninggalkan dua rakaat. Kemudian baginda wafat ketika baginda wafat, dalam keadaan baginda solat malam sembilan rakaat. Penghujung solat malam baginda ialah witir. Setelah itu, boleh jadi baginda akan datang kepada tilamku ini, lalu Bilal akan datang kepadanya untuk mengajak baginda solat.” [Riwayat Ibn Khuzaymah dan Ibn Hibban dalam Sahih mereka. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6366].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.